7 Fakta Zaman Purba Jauh Lebih Canggih Dari yang Kita
Bayangkan
Penemuan saintis dan ahli arkeologi sejak beberapa tahun
kebelakangan ini seolah-olah menafikan tanggapan umum yang dunia silam adalah
dunia mundur, tidak bertamadun serta belum terdedah kepada teknologi.
Malah, saintis kini semakin kebingungan memikirkan penemuan
artifak purba menjurus kepada kenyataan yang keadaan dunia kuno sebenarnya
sudah begitu maju dari segi sains dan teknologi malah mungkin lebih futuristik
daripada zaman sekarang!
Kenyataan itu memang sukar dipercayai tambahan pula kita
dimaklumkan yang era perkembangan sains dan teknologi hanya bermula sekitar 200
lalu malah teknologi komputer berasaskan elektronik saja hanya bermula sekitar
1940.
Akan tetapi, artefak purba serta catatan kuno yang ditemui
saintis menceritakan sebaliknya – masyarakat zaman purba sudah memiliki
teknologi hebat serta maju dalam pelbagai bidang terutama sains.
Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi
misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap
sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada
perkembangan teknologi.
Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu, manusia kembali meneroka
rahsia sains dan dunia sekali lagi melangkah ke arah perkembangan teknologi.
Berikut adalah antara penemuan teknologi silam yang menunjukkan seolah-olah
dunia purba lebih maju atau menyamai kemajuan teknologi ketika ini:
Penemuan bateri
dari Baghdad, Iraq
Pada 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang
menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui
suatu objek aneh tertanam di tapak itu. Objek itu terdiri daripada silinder
tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat
seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm.
Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata
berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga
5,000 tahun lalu! Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar
sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count
Alessandro Volta.
Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan
masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik
sekali gus ‘menafikan’ Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi
elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831.
Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga
elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt.
Kalkulator kuno.
Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece
menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut.
Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan
didapati ia berfungsi sebagai ‘kalkulator’ yang menghitung pergerakan bintang
dan planet.
Reaktor nuklear
berusia dua juta tahun.
Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua
juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika.
Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati
ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan
kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah
reaktor nuklear digunakan pada zaman kini.
Penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada manusia pada dua
juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear
sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.
Kanta optik
Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq;
turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu.
Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai
dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu,
kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun
penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui
kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.
Jantung buatan
Di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir,
penyelidik menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini
memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi
penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000
tahun lalu.
Robot
Pada zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di
China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina
tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan
menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ
tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut.
Turut dicipta Ma Daifeng pada zaman berkenaan adalah alat
merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu
bekerja tanpa kawalan manusia.
Kenderaan
Ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di
Abydos, Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun
ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu. Gambar berkenaan yang
jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan pesawat. Pada 1898, di
sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di Saqquara, Mesir, replika
pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang modern ditemu,
No comments:
Post a Comment