Sunday 11 March 2012

takrif tamadun


Tamadun berasal dari perkataan Arab iaitu ‘maddana’ yg merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Sebenarnya terdapat banyak lagi definisi dari perkataan tamadun ini. Tapi rasanya cukuplah sekadar untuk pengenalan ilmu tamadun ini kerana berdasarkan pengertian2 yg dipelajari di dalam kelas, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna. Tetapi menjadi permasalahan sekarang masyarakat manusia pada hari ini lebih menjurus kepada perkara yang berkaitan dengan kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna semata2. Lebih buruk lagi , tasawur terhadap kemajuan penempatan dan kemudahan disempitkan lagi kepada persoalan kebendaan yang menjadi symbol kemewahan.

Di bawah ini diselitkan sedikit definisi2 tamadun yang dikemukakan oleh beberapa orang tokoh. Antaranya:

    I.      Ibn Khaldun: menggunakan istilah Umran yang merujuk kpd penempatan yg didiami, tmpt tinggal, subur dan berkembang maju.

  II.      Sayyid Qutb: segala bentuk kemajuan yg dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sosial, pemerintahan, politik, ekonomi & kebudayaan yg berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

 III.      Collingwood: tamadun ialah satu proses bg mencapai satu tahap kehidupan yg lebih sempurna ataupun satu proses kearah civil yg mana hasil drpd proses tersebut akan melahirkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu masyarakat yg mempunyai kehalusan budi.

 IV.      Arnold Toynbee: tamadun merupakan suatu kehidupan yg unggul yg dipandukan oleh sistem perundangan, agama, politik & pentadbiran yg menjamin kemajuan & keselamatan masyarakat.

  V.      Edward L. Farmer: tamadun sbg unit budaya yg besar yg mengandungi unsur-unsur sosial, tradisi & institut yg dikongsi bersama & diwarisi dr generasi ke generasi yg lain.

Wednesday 7 March 2012

pengenalan

 Bismillahirrohmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera, Salam Perpaduan & Salam 1Malaysia ..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Puji-pujian hanya layak bagi-Nya. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana dengan izinnya blog TITAS.edu ini dapat diwujudkan. Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan kursus yang diwajibkan bagi semua pelajar ijazah pertama di institusi pengajian tinggi awam sejak sesi akademik 1998/1999.  Blog ini adalah satu platform perkongsian ilmu yang akan mengenengahkan ilmu ketamadunan dan mungkin akan lebih menjurus ke arah silibus-silibus yang terdapat dalam subjek TITAS ini. Semua kandungan yang terdapat dalam blog ini adalah perkongsian pendapat antara empat orang anak muda penuntut di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Kami ialah Muhammad Ali Azwari, Mohd  Fazli, Muhammad Aliff Buqhori dan Muhammad Sobri.
Displin pengajian tamadun ini adalah untuk memberi satu gambaran dan kepentingannya dalam mencorakkan kehidupan manusia yang berkebudayaan  tinggi. Selain itu, disiplin pengajian ini dapat menjadi satu landasan utk membentuk satu kerangka pembinaan negara yang bersesuaian dengan latar belakang masyarakat, sistem kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya. Selain itu, faktor-faktor kelahiran, perkembangan dan kemerosotan juga perlu diberi perhatian kerana ia mempunyai nilai-nilai tertentu seperti teori, kriteria, ketahanan dan cabaran yg dihadapi.
Nilai-nilai ini mesti dipelihara dgn sebaik supaya ia tidak dipandang sbg bhn sejarah sahaja, tetapi mesti dihayati oleh masyarakat sekarang terutama sekali generasi muda yg byk terdedah dgn nilai & budaya kebaratan
Secara umumnya pengajian ketamadunan merujuk kepada satu disiplin ilmu yang memfokuskan tentang teori, konsep asas , sifat2 dan ciri2 dlm sesebuah tamadun.
Kajian ketamadunan ini juga menekankan aspek2 pembangunan kemanusiaan dan gelagat t/laku yg mberi gambaran kpd cara hidup yg berbudaya tinggi.
W/bagaimanapun, pengajian ketamadunan jg mengkaji tentang sejarah silam manusia, kedudukan masy.masa kini & perkembangan pd masa akan datang.
Oleh itu, dpt disimpulkan bhw kajian ketamadunan bukanlah hanya berkisar kpd kajian sejarah shj, malah melibatkan kepelbagaian displin ilmu.