TAMADUN DUNIA : – FAKTOR
KEMUNCULAN TAMADUN
Faktor-faktor
yang membawa kepada kemunculan tamadun awal manusia
1. Kemajuan dan
pencapaian manusia pada zaman Neolitik
Ø Pencapaian dari segi
ekonomi, pemikiran dan sosialisasi pada zaman Neolitik membawa kepada
kemunculan tamadun.
Ø Muncul petempatan
kekal yang membentuk kampung-kampung.
Ø Telah mencapai
kemajuan dari segi ekonomi dengan berlakunya Revolusi Pertanian
Ø Telah melahirkan
sistem kepercayaan yang semakin kompleks.
2. Berlaku proses
urbanisasi @ perbandaran
Ø Proses urbanisasi di
sesuatu tempat berikutan adanya kegiatan pertanian, penenunan dan penternakan
binatang.
Ø Manusia juga cuba
hidup bersatu dengan tujuan untuk menghadapi cabaran fizikal.
Ø Berlaku perkembangan
daripada sebuah kampung ke bandar dan negara kota.
Ø Ekoran daripada
berlakunya pertambahan penduduk di sesuatu kawasan seperti di kampung,
berlakunya pembukaan tanah-tanah baru untuk penempatan dan kegiatan pertanian.
Ø Urbanisasi ini membawa
kepada pengasasan beberapa tamadun lain.
3. Kemajuan dalam bidang
sains dan teknologi
Ø Kemajuan dalam bidang
ini dapat dilihat apabila manusia mula menggunakan logam seperti besi, tembaga
dan gangsa
Ø Penciptaan pelbagai
alat dan teknologi pertanian seperti tajak dan terusan menyebabkan pertanian
diusahakan dengan meluas.
Ø Penghasilan alatan
tembikar dan penciptaan roda membawa kepada perubahan cara hidup masyarakat.
Ø Berlaku penciptaan
kapal yang lebih besar dan layar kapal.
Ø Kesannya, hasil pertanian
meningkat dan wujudnya aktiviti perdagangan.
4. Peranan Sungai
Ø Kemunculan tamadun
awal di lembah-lembah sungai menunjukkan kepentingan sungai sebagai salah satu
faktor perkembangan tamadun.
Ø Sungai membantu
kegiatan pertanian dari segi perairan, kesuburan tanah dan sebagai sumber
bekalan makanan.
Ø Sungai juga berperanan
sebagai jalan pengangkutan yang penting.
Ø Kesannya; terdapat
banyak tamadun muncul di lembah-lembah sungai seperti di lembah sungai Nil,
Tigris-Euprates, Indus dan Hwang Ho.
5. Faktor angin
Ø Angin memainkan
peranan penting dalam pembentukan tamadun.
Ø Angin membantu
pelayaran dan pengangkutan di antara satu tamadun dengan tamadun yang lain.
Ø Hal ini membolehkan
wujudnya perdagangan jarak jauh untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.
Ø Perdagangan memajukan
kebudayaan kerana berlakunya pertukaran fikiran dan maklumat.
6. Faktor bahasa dan
tulisan
Ø Bahasa dan tulisan
menjadi asas kepada kemajuan pengetahuan dan membantu melicinkan urusan
pentadbiran dan ekonomi.
Ø Tulisan-tulisan pada
zaman Neolitik menjadi asas kepada perkembangan sistem tulisan dalam tamadun
awal.
Ø Fungsi tulisan adalah
untuk merekod kegiatan ekonomi, keagamaan dan harta kuil serta perundangan.
Ø Contoh; tulisan
cuneiform dalam tamadun Mesopotamia banyak digunakan untuk merekod tentang
kegiatan perdagangan dan pentadbiran dan tulisan hieroglif dalam tamadun Mesir
untuk merekodkan keagamaan.
Ø Kesannya, penghasilan
karya sastera seperti epik Gilgamesh dalam tamadun Mesopotamia, Epik Mahabrata
dan Ramayana dalam tamadun Indus.
7. Berlaku Penciptaan
roda
Ø Penciptaan roda oleh
masyarakat Neolitik di Sumeria turut mempengaruhi kemunculan tamadun.
Ø Teknologi roda
kemudiannya digunakan sebagai peroda untuk membuat tembikar, sebagai kincir
dalam pengairan dan untuk menarik pedati (kereta kuda) bagi tujuan membawa
hasil pertanian ke pelabuhan
Ø Hal ini membantu
memajukan tamadun masyarakat tersebut.
Ø Roda juga mempercepat
perkembangan industri tangan seperti pembuatan tembikar dan tekstil.
Ø Roda juga menggalakkan
pertumbuhan perdagangan antara tamadun seperti tamadun Mesopotamia, Mesir dan
Mohenjo-Daro.
8. Muncul Hieraki
masyarakat @ Organisasi Sosial
Ø Hal ini dapat dilihat
kepada kewujudan golongan pemerintah dengan golongan diperintah.
Ø Kewujudan organisasi
sosial mewujudkan pengkelasan dalam masyarakat yang mempunyai peranan
masing-masing.
Ø Contoh : Raja
berfungsi sebagai pemerintah, pembesar berfungsi membantu raja dalam
pentadbiran, petani untuk mengusahakan sumber makanan dan hamba pula untuk
menjalankan kerja-kerja buruh.
Ø Membolehkan
pentadbiran dapat dijalankan dengan lebih cekap dan membolehkan kemajuan dalam
bidang politik dan sosial.
9. Wujud Pembahagian
tugas @ Pengkhususan Kerja
Ø Pembahagian tugas
dalam aktiviti pertanian dalam zaman prasejarah menyebabkan berlakunya
pengkhususan kerja.
Ø Hal ini membolehkan
setiap anggota masyarakat mempunyai tugas yang tetap.
Ø Keadaan ini
mempercepat lagi proses kemajuan.
Ø Bentuk-bentuk kerja
yang wujud dalam tamadun awal ialah askar, petani, tukang, peladang dll.
Ø Contoh, golongan
artisan mewujudkan pengkhususan kerja seperti tukang kayu, bina kuil, bina
piramid, membina terusan dan lain-lain.
10. Pembentukan Sistem
agama dan kepercayaan
Ø Perkembangan sistem
kepercayaan pada zaman prasejarah terutama pada zaman Neolitik telah pun
mempengaruhi corak perkembangan sistem kepercayaan yang lebih kompleks.
Ø Agama dan kepercayaan
adalah penting dalam menentukan tatacara kehidupan dalam masyarakat.
Ø Agama penting dalam
memupuk perpaduan dalam masyakarat tamadun awal.
Ø Agama sebagai asas
sistem pendidikan.
Ø Contoh, dalam tamadun
Indus, kitab veda telah menjadi rujukan dalam sistem pendidikan.
Kesimpulan
1. Secara
keseluruhannya, sesuatu tamadun itu menunjukkan bentuk yang formal dan
berorganisasi.
2. Urbanisasi telah
membawa kepada pengurangan kebebasan individu dan hidup dalam suatu rangka
kawalan.
3. Akibat urbanisasi,
maka sesuatu yang berbentuk susun lapis yang berdasarkan kekuasaan, kelahiran
dan kekayaan benda telah terbentuk.